11 September 2009

Peluang Kemasan!!!!!!!! Modalnya Kecik Tapi Pulangan Cukup Lumayan


Sahabat petanque yang budiman,

Banyak program internet yang digunakan untuk memperolehi pendapatan yang lumayan, tetapi modalnya terlalu besar.

Kini dengan program Ekoleksi tidak memerlukan modal yang besar cuma RM50 sahaja. Tetapi hasilnya lumayan hingga mencecah RM51,900.

Jom jangan berlengah lagi. Tidak mahukah anda memperolehi pendapatan tambahan yang besar hanya dengan modal yang kecil?

1. Sila layari : http://www.igetworld.com/s3d
2. Daftar masuk
3. Ikut arahan seterusnya (biodata)
4. Jangan lupa "bukti pembayaran" copy n paste.
5. Sahabat akan diberikan website promosi
5. Emailkannya kepada rakan website anda untuk merealisasikan RM51.900.
6. Mudah dan mesra pengguna.
7. Bertindak segera hanya dalam masa tiga(3) hari yang terhad.

Semoga sahabat berjaya dan memperolehi apa yang diidamkan.

"SESAL DAHULU LUMAYAN BESAR, SESAL KEMUDIAN MENGGIGIT JARI"

-s3d-

04 August 2009

Jom Kita Ke Brunei

Pos Kawalan Imigresen Brunei - Miri

Weiw....weiw....weiw..... Polis datang

Tol Jambatan Rasau

Welcome to Kuala Belait

On The Way To Bandar Seri Begawan

Masuk aje kat sempadan Brunei, stiker samah3debey diarah
untuk ditanggalkan oleh pihak polis.
Nasib baik tak disaman.(B2000)
Tapi atas budi bicara polis,
mahu juga ditinggal sikit stiker ya.

Gambar kenangan kat kawasan Masjid

Berhenti kejap kat Pos Kawalan PUNI

Dalam kawasan masjid

03 August 2009

Mau Tau Apa Itu Petanque

SEJARAH AWAL PETANQUE

PETANQUE adalah sejenis sukan yang telah berkembang berabad-abad lamanya dan dimainkan berbagai cara dan gaya. Sejarah yang tepat mengenainya tidak tercatat tetapi terdapat bukti-bukti bahawa sukan ini, pada awalnya dimainkan semasa kerajaan Yunani lebih 2,000 tahun yang lampau. Ianya bermula dengan pemain-pemain mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung ganang, pesisir pantai dan cara ianya dimainkan ialah sesiapa yang dapat melontar dengan tepat dan paling jauh dialah yang menang. Seterusnya sukan ini berkembang ke benua Eropah.

PERKEMBANGAN PETANQUE ABAD KE 20

Di akhir abad ke 19, Perancis menjadi Negara pertama yang mengeluarkan syarat-syarat khusus untuk permainan Jeu de Provancal. Pemain-pemain perlu berlari sebanyak tiga langkah dan melontar bola dalam jarak 15 hingga 21 meter. Dengan syarat baru ini Jeu de Provancal semakin popular dan dipertandingkan di merata-rata tempat di Perancis.
Keadaan ini berlarutan sehingg awal abad ke 20 bila mana dalam tahun1910 permainan Jeu de Provancal telah diubahsuai di sebuah tempat bernam La Ciotat berhampiran dengan Bandar Marseilles di selatan Perancis. Permainan dan peraturannya adalah seperti yang terdapat pada hari ini.


Sekumpulan kecil pengasas dan peminat sukan Jeu de Provancal telah berusaha selama lebih kurang tiga puluh tahun untuk mengembangkan sukan ini di Perancis. Mereka menghubungi orang-orang berpengaruh dibidang sukan, ahli-ahli politik, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan dari semua peringkat dan akhirnya pada tahun 1938 Pertubuhan Petanque dan Jeu de Provancal telah ditubuhkan. Boule yang digunakan untuk permainan ini semakin canggih kerana terdapat ahli-ahli yang telah mengubahsuainya dengan mengadakan boule besi campuran dan bahagian dalamnya berongga.
Kini sukan petanque semakin digemari di Eropah, Amerika dan Asia. Populariti sukan ini amat ketara di Perancis, Belgium, Switzerland, Jerman Barat, England, Holland, Sepanyol, Sweden, Kanada, Tunisia, Maghribi, Algeria, Madagaskar dan kepulauan Pasifik. Di benua Asia, Negara Thailand telah mendahului lain-lain Negara dengan menjadi ahli kepada Persekutuan Petanque dan Jeu de Provancal Antarabangsa (FIPJP) dan didaftarkan sebagai ahli yang ke 17.
Minat terhadap sukan petanque di Negara Asia selain dari Negara Thailand boleh disaksikan juga negara-negara seperti Laos, Cambodia, Vietnam, Jepun, China, Singapura dan Malaysia. Pada ketika ini FIPJP mempunyai keahlian melebihi 56 negara.


PETANQUE DI MALAYSIA

Sukan Petanque telah diperkenalkan di negara ini dalam tahun 1987 melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk dijadikan sebagai satu acara sukan bagi orang-orang Kurang Upaya (OKU). Di pertengahan tahun 1989, YM Professor Di Raja Ungku Abdul Aziz selaku Yang Dipertua ANGKASA telah memperkenalkan sukan ini kepada Koperasi-koperasi di Malaysia. Selepas beberapa bulan diperkenalkan, sukan Petanque telah dirasmi sebagai slah satu acara sukan untuk Negara oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Najib Tun Razak pada 22 Mac 1990 bertempat di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya.

Semenjak dibawa masuk ke Negara ini pihak ANGKASA secara berterusan telah memperkenalkan dan mempromosikan sukan petanque melalui demonstrasi, kursus dan pertandingan. Pertandingan-pertandingan telah dianjurkan mulai tahun 1990 antara koperasi-koperasi dewasa dan koperasi sekolah-sekolah diperingkat negeri dan kebangsaan sempena sambutan Hari Koperasi Antarabangsa.

Mulai tahun 1992, Sekolah Rantau PETRONAS, kerteh Terengganu dibawah pimpinan Pengetua Tuan Haji Jamaludin Bin Ali telah mengambil initiative untuk mempopularkan sukan ini dikalangan pelajar-pelajar dan staffnya. Usaha juga telah dilakukan untuk mengembangkan sukan ini kepada anak-anak syarikat PETRONAS yang terdapat di Pantai Timur.

Dalam bulan Oktober 1993, empat buah gelanggang petanque yang rasmi dan yang pertama sekali di Malaysia telah siap dibina di Sekolah Rantau PETRONAS, mengikut spesifikasi gelanggang petanque di Toa Payoh Sports Complex Singapura. Pada 25 Oktober 1993 gelanggang tersebut telah dibuka rasmi oleh YM Prof. Di Raja Ungku Aziz.

Pada tahun 2001, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menganjur Sukan SEA yang ke XXI dan sukan petanque buat pertama kalinya telah diterima untuk dipertandingkan. Dalam keadaan demikian sukan petanque perlu mempunyai satu badan induk untuk mengurus hal-hal berkaitan. Pada 15 April 2000 mesyuarat Jawatankuasa Penaja, Persekutuan Petanque Malaysia telah diadakan di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Pada 10 Januari 2001, Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) telah diluluskan pendaftarannya 0909/2001. Presiden pertama Persekutuan Petanque Malaysia ialah Yang Berbahagia Dato Aziz@Ibrahim Bin Awang.

“ SUKAN UNTUK SEMUA”

Disedia oleh
Ismail Bin Sulhi

http://kspspetongblog.blogspot.com/
email : kspspetong@gmail.com

31 July 2009

30 July 2009

Sepetang di padang Petanque Sarikei

"Boule cium jack, itu yang kita cari"

"fullhouse, 6 masuk" kata Mail.

hahaahaha, jang ketawakan en. Bahrin


Tunggu giliran untuk bermain




"Kita tengok siapa yang dekat"
En. John, En. Maini, En. Bahrin, En. Mail n Jang



28 July 2009

Petanque Triple Sri Aman 4-5 Julai 2009

Bersama Avater "Zaidi"

Zack kat sebelah binggung nak atur strategi

Sarikei Team 1(kunin) & II(ijo)

Sarikei II vs SMK Shoaw Jr


Sarikei II vs Hikmah Kch